Friday 24 April 2015 Posted at 10:29 0 comments (+)


Assalammu'alaikum.

Yayyy finally aku continue jugak ber-blogging ni hahahaha. Lama gila lahai tak ber-blogging ni. Bila ek last aku taip dekat blog macam ni T_T . Rasa sebak sekejap. Blogger yang sama-sama naik dengan aku dulu pun aku dah lama tak nampak diaorang update. Wana jelah yang aku nampak masih lagi gigih dengan blog dia. Dah makin cantik pastu Wana punya blog dah tukar kepada website dia sendiri. Huwaaaaaaa bestnya T_T .

Ok enough. Aku sebenarnya nak cerita pasal SPM haritu. Maksud aku, halatuju aku lepas SPM. Ramai dok tanya "Hajar, lepas ni nak sambung belajar mana?". Dan sesungguhnya dekat mana aku sambung belajar tu, tak ada kena mengena dengan korang k so jangan nak sibuk jaga tepi kain orang sangat please *emoji jeling*. Sooooo now dah 25 April. Dah nak masuk bulan Mei ooooi. Result UPU keluar awal bulan Mei kot? Ada desas-desus mengatakan bahawa result UPU akan keluar pada 6 Mei. Tapi ah entahlah nakkk.

Oh, result SPM aku? Alhamdulillah, aku dapat capai target aku. Awal-awal time result dah nak keluar tu, aku cakap dengan mak aku, "Mak jangan berharap sangat eh dengan result spm adik. Sebab adik sendiri tak yakin. Adik tak nak mak kecewa." Serius tak sangka dapat result tu sebab aku rasa waktu SPM haritu aku jawab macam hambar gila je. Tak pernah-pernah time exam aku menangis, tapi lepas jawab SPM haritu dekat dewan aku menangis macam orang gila sebab menyesal sesangat. Yelah, KBAT. Takde beritahu pape tetiba keluar soalan mengarut cemtu. Sadis dok. Pastu subjek yang aku tak expect dapat A, boleh dapat A. Subjek yang aku expect dapat A, tak dapat A. Ahahahahaha apa tak kelakar tu. Kalau nak tahu result aku secara terperinci, tanyalah aku sendiri secara private okay? InshaaAllah aku jawab. Tapi jujur aku cakap, result aku tak gempak. Cukup sekadar mencapai sasaran aku. Alhamdulillah. Apa yang aku nak, itu yang Allah bagi. 

Ok stop spm. So, nanti lepas SPM nak sambung belajar mana? Urm, aku masih tunggu result UPU sebenarnya. Aku ada mohon UTP pakai result trial spm. Aku dapat panggilan ke interview dia dekat Perak, tapi aku tak pergi. Ha ha ha. Sebab apa? Sebab aku macam sedar diri kot? Errr. Yelah, result spm hambar gila. Ada hati nak bersaing dengan mereka yang peroleh straight As tu? Heh. Pastu yuran pengajian setahun tak silap aku RM17K. Aku ni bukanlah datang dari keluarga yang berada. Mak aku ibu tunggal lepas arwah abah meninggal masa aku form 1. So, aku fikir aku tak nak bebankan mak aku. Kasihan dia. So, aku tak pergi interview tu.

Ok pastu aku ada mohon UniKL. Aku mohon 3 kot. Foundation in Science, Foundation in Technology and Diploma Farmasi kot tak silap aku. Serius tak ingat. Ahaa. UniKL ni pun swasta tapi ada pinjaman MARA. So kira okay lah. Tapi ni dah nak habis bulan 4, still tak dapat panggilan pape so maybe aku kena reject kot? Ahahahaha.

Untuk UPU pulak, aku mohon dekat UIAM, UMS, UniMAS, UPSI and UiTM. Seperti gambar yang dekat atas sekali korang tengok tu, aku cuma mohon 3 je asasi. Sebab apa? Mestilah sebab hanya 3 asasi tu je yang aku layak mohon. Sobs, sedih. Semua sebab addmath!! Argh!! Kalau result AddMath aku at least B, mesti dah banyak aku boleh mohon asasi. Hm sadis. Takpe, redha. Oh and to be honest, kan ada 8 pilihan. 3 asasi and 5 diploma yang aku pilih. Aku sekarang tengah tunggu UPU. So, kalau UPU dapat yang asasi punya, mungkin aku pergi yang UPU atau mungkin aku pilih matriks. Tapi kalau UPU aku dapat diploma, memang confirm aku pilih matriks. Sebab aku ni jenis yang suka fast track. Aku tak suka ah lambat-lambat nak belajar. Huhu.

Oh, aku sebenarnya dah dapat dah pun matriks. Aku dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Alhamdulillah, aku dapat yang dekat. Ehehehe. Aku mohon dekat Johor, Negeri Sembilan and Melaka. Aku orang Johor, sebab tu lah pilih tempat matriks pun dekat negeri selatan je ahhaha. Yelah, aku anak bongsu mak aku mana boleh pisah jauh sangat dengan mak, kan? Hahaha. Tu yang UPU dekat Sabah and Sarawak tu kalau dapat asasi tu pun, mungkin mak aku tak kasi pergi. Sebab dia risau jauh sangat ha ha ha. Yelah, anak pompuan bongsu zzzz hahaha. Alhamdulillah, kekawan aku pun ramai yang dapat matriks dekat Negeri Sembilan. So adalah kawan satu sekolah or satu kelas dekat situ hehehe. Pastu ramai jugak budak dapat dekat Johor.Untunglah, lagi dekat. Huhuhu. Tapi ada jugak budak kelas aku yang dapat matriks dekat Kedah and Perak. Hahaha jauh tu. Selamat lah korang ek hahaha.

Okaylah. Dah panjang dah aku bebel ni. Dah pukul 1.30 pagi ni. Padahal esok masuk kerja pukul 7 pagi tu ha ha ha. Okay, bye!


All rights reserved sitihajarz
HOME


Writer's Note.


Hajar. 18 years old.
"SITIHAJARZ"

Positive Vibe.

Credits
visitors. hits.
Layout by mymostloved with script, background, image and re-edit by myself. Most of the photos in every entry i posted are not mine, unless stated. Most of the photos i randomly took from WeHeartIt